Sosioekomoni Dan Keusahawanan
Pasar Basah
Pasar basah ini menyediakan premis perniagaan kepada para usahawan menjual hasil laut dan sayur-sayuran.
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
LKIM mengurus dan menjalankan aktiviti perikanan, akuakultur, pembenihan dan penternakan udang, eksport udang putih, pembenihan dan penternakan ikan keli, ikan tilapia dan ikan siakap.
Alamat: Lot 329, Seksyen 9, KTLD, Jalan Satok, Peti Surat 2201, 93744 Kuching
Tel: 082 245481/429581/258814
Fax: 082 256871
Medan Niaga
Kedai Runcit Haseni Enterprise
Medan Niaga ini dibina sebagai premis cafeteria, dan perkhidmatan catering. Terdapat 10 buah gerai makan atau cafeteria dan sebuah kedai alat pancing dan kedai runcit yang beroperasi di sini. Selain di medan niaga, terdapat 6 buah kedai runcit lain di kampung ini.
Gerai-gerai jualan hujung minggu
Kampung Telaga Air menerima ramai pengunjung dari dalam dan luar negara terutamanya pada hujung minggu. Setiap hari Sabtu dan Ahad, ramai peniaga akan membuka gerai yang menjual pelbagai produk tempatan seperti ikan masin, kuih-kuih tradisional, keropok ikan, dan sebagainya di tebingan sungai kampung ini.
Sebagai sebuah pusat eko-pelancongan, kampung ini turut menyediakan 4 buah homestay yang diusahakan oleh penduduk tempatan. Homestay ini berada di bawah pengurusan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Satang Biru.
Kilang Berkembar
Kilang berkembar ini telah dibiayai oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan wilayah di bawah Program Ekonomi Desa. Antara syarikat yang beroperasi di kilang-kilang ini termasuklah;
i. Koperasi I-Big Kuching Berhad
ii. Izyan Enterprise
iii. Khalida Resources Company