Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
Pulau Satang
Pulau Satang merupakan merupakan sebuah pulau yang terpelihara sesuai dengan peranannya sebagai salah sebuah pusat pemuliharaan penyu. Ia terletak kira-kira 40 minit perjalanan menaiki bot dari Kampung Telaga Air. Pulau ini sering menjadi tumpuan kajian marin oleh pelajar dan penyelidik dari institut pengajian tinggi. Kejernihan air berwarna biru kehijauan turut menjadi tarikan pulau ini. Para pengunjung dapat menikmati suasana yang damai dan tenteram selain berpeluang melihat penyu bertelur di malam hari. Antara kemudahan yang disediakan di pulau ini adalah 5 buah bilik, dapur, dan tandas awam. Selain itu, pulau ini turut menyediakan kemudahan kepada para pengunjung untuk menjalankan aktiviti seperti berkayak, snorkelling dan barbeque. Para pengunjung juga dapat menjalankan aktiviti meredah hutan serta melawat tapak bersejarah sambal mengenali flora dan fauna.
Esplanade
Taman Rekreasi
Jakuzi
Di tebingan sungai, terdapat sebuah esplanade yang menjadi tempat istirehat untuk pengunjung sambil menikmati angin laut dan pemandangan yang menarik. Selain itu, terdapat juga taman rekreasi untuk kanak-kanak bermain atau beriadah. Di sebelah perpustakaan pula, terdapat sebuah jakuzi yang menjadi tempat kumpulan Buskers Telaga Air berlatih dan membuat persembahan pada setiap hujung minggu.
Medan Niaga
Medan niaga yang terletak di tebingan sungai ini juga menjadi tempat kunjungan utama di Kampung Telaga Air di mana di sini terdapat 8 buah gerai makan dan beberapa buah kedai-kedai lain termasuklah kedai menjual alat pancing. Sebagai sebuah perkampungan nelayan, kebnnyakan gerai menjual makanan laut yang turut menjadi tarikan utama di kampung ini.
Padang Bola Sepak
Terdapat juga sebuah padang bola sepak yang disediakan untuk aktiviti riadah dan turut sering menjadi tempat perlawanan bola sepak kawasan dan bahagian.
Gelanggang Futsal 1Malaysia
Selain itu, terdapat juga sebuah gelanggang futsal 1Malaysia.