Latihan Asas Komputer dan Klik Dengan Bijak: Internet dan E-mel
31 Januari 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 30 Januari 2016 yang lalu, Pusat Internet Kampung Telaga Air telah mengadakan latihan asas komputer dan Klik Dengan Bijak bertemakan internet dan e-mel. Sebanyak 3 sesi latihan telah diadakan untuk 3 kumpulan peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 2 dan 3. Latihan ini diadakan bertujuan untuk mendidik para peserta mencipta akaun e-mel masing-masing dan cara penggunaannya. Peserta turut didedahkan dengan kegunaan e-mel dalam aktiviti dalam internet seperti menyertai Astro Tutor TV online, membangunkan blog, dan sebagainya. Selain itu, peserta turut diajar tentang spam dan cara menetapkan tetapan privasi pada e-mel. Latihan ini telah dihadiri oleh 31 orang peserta secara keseluruhannya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: