Latihan INTEL ICT Mei 2015
18 Mei 2015 | Aktiviti Terkini
Latihan Intel ICT bagi bulan Mei 2015 telah diadakan pada 16 dan 17 Mei 2015 dengan disertai oleh 2 orang ahli Komite Belia PI Telaga Air. Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komputer yang sedia ada dalam diri peserta. Peserta telah didedahkan dengan kemahiran Microsoft Office seperti Words, Excel, PowerPoint dan Publisher. Aktiviti penerangan diikuti oleh aktiviti latihan di mana para peserta diberikan tugasan untuk setiap modul yang dipelajari bagi memastikan pemahaman peserta dalam latihan yang diberikan. Selain itu, peserta turut diberi pendedahan tentang emel, dropbox dan google drive.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: