Community Outreach Kampung Jaya Bakti (Pengenalan kepada Internet)
16 Oktober 2016 | Aktiviti TerkiniPada 15 Oktober 2016, Pusat Internet Kg Telaga Air telah mengadakan Community Outreach Kampung Jaya Bakti (Pengenalan kepada Internet). Bertempat di Surau Kampung Jaya Bakti. Aktiviti ini bermula pada jam 9.30 pagi sehingga 12.30 petang dan telah disertai oleh penduduk Kampung Jaya Bakti. Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta tentang etika semasa berinternet dan fungsi internet.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
- Dapat mempromosi Pusat Internet Kampung Telaga Air kepada komuniti sekitar.
- Memberi pendedahan kepada peserta kegunaan internet dalan kehidupan seharian.
- Etika semasa berinternet.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
- Peserta diberikan taklimat tentang etika berinternet dan fungsi internet
- Peserta diajar mengenai penggunaan internet
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: