Kelas membuat sebut harga dan invoice untuk perniagaan perkhidmatan katering dengan menggunakan microsoft word excel
20 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital (PEDi) Telaga Air telah mengadakan Kelas Perseorangan bagi membuat sebut harga dan invoice untuk perniagaan perkhidmatan catering dengan menggunakan Microsoft word excel. Kelas ini menerangkan cara untuk membuat invoice perniagaan dengan hanya menggunakan Microsoft Excel sahaja. Sesi ini telah berlansung bersama dengan seorang pemilik gerai makanan agar beliau dapat menyiapkan tugasan yang telah diberikan.
Sesi kelas ini telah dijalankan selama 3 jam dari jam 9:30 pagi sehingga jam 12:30 tengahari dan juga telah disertai oleh seorang pemilik gerai makanan di sekitar Kampung Telaga Air.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: