Tutorial bina resume dengan Canva
19 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 18 Julai 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Telaga Air telah memberi tunjuk ajar secara asas kepada dua orang pelajar lepasan SPM sekitar kampung Telaga Air untuk membina resume yang kreatif dengan menggunakan aplikasi Canva.
Seramai dua orang pelajar lepasan SPM yang mendaftar untuk mengikuti kelas ini di PEDi. Sesi ini telah berlangsung selama 2 jam di PEDi Kg Telaga Air.
Dalam kelas berkenaan, pelajar didedahkan dengan aplikasi Canva dalam mereka bentuk grafik yang mudah bagi membentuk resume yang menarik tetapi padat dengan info. Bagi membiasakan mereka dengan Canva, satu tugasan telah diberi untuk mereka bagi membina template resume mereka sendiri. Tugasan ini juga memerlukan mereka untuk focus dan menghasilkan idea yang kreatif bagi menghasilkan resume yang menarik.
Sesi kelas ini telah dijalankan selama 2 jam dari jam 2:30 petang sehingga jam 4:30 petang dan juga telah disertai oleh 2 orang pelajar lepasan SPM.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: