Kelas Advokasi Keselamatan Di Internet
25 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital (PEDi) Telaga Air telah mengadakan Kelas Advokasi atau dalam kata lain Taklimat Advokasi (Keselamatan Di Internet) untuk para pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Telaga Air. Taklimat ini menekankan aspek Keselamatan Di Internet agar pelajar sekolah rendah ini peka dengan jenayah-jenayah siber yang boleh membuatkan mereka bersama tertekan disamping menggunakan pelbagai “social media” kerana generasi pada masa kini lebih banyak meluangkan masa dengan telefon bimbit mereka dan kalau tiada pendedahan mengenai keselamat di internet kepada mereka, agak bahaya untuk generasi mereka yang terdedah dengan jenayah siber tersebut.
Sesi kelas ini telah dijalankan selama 1 jam dari jam 2:30 petang sehingga jam 3:30 petang dan juga telah disertai oleh 5 orang pelajar sekolah rendah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: