Program Khas Untuk Usahawan Bersama MARA
22 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Telaga Air telah Program Bual Bicara Khas Bersama Penolong Pegawai MARA, Encik Awangku Badrul Hisyam bersama dengan lagi 3 Pusat Internet Komuniti iaitu, PIK PPR Bandaria Park. PIK Kg Pasir Pandak dan juga PIK Spaoh. Program bual bicara kali ini menerangkan apa yang boleh MARA sediakan kepada pihak usahawan-usahawan yang baru berkecimpung tetapi sudah mempunyai lesen perniagaan yang sah untuk berniaga.
Bual bicara ini telah merangkumi pembangunan usahawan dalam membangunkan empayar perniagaan mereka dengan kemudahan sokongan daripada pihak MARA khususnya kepada usahawan bumiputera serta ekosistem keusahawanan yang telah pihak MARA sediakan kepada usahawan-usahawan diluar sana. Sesi Kelas Virtual ini telah dijalankan selama 1 jam dari jam 10:30 pagi sehingga jam 11:30 pagi dan sesi kelas virtual ini juga telah diadakan di facebook dan aplikasi streamyard serta telah disertai oleh 6 orang pengguna media sosial yang menjadi komuniti facebook Pusat Internet Komuniti Telaga Air.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: