Kelas Penyelesaian Masalah SPA9
15 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Telaga Air telah mengadakan kelas secara virtual untuk penyelesaian masalah bagi peperiksaan didalam portal SPA9. Kelas ini diadakan setelah mendapat permintaan dalam kalangan komuniti Pusat Internet Komuniti Telaga Air kerana mereka bakal menghadapi peperiksaan online untuk jawatan yang mereka pohon. Selain daripada memberikan tips-tips yang berguna semasa menjawap soalan bagi peperiksaan tersebut, Pusat Internet Komuniti Telaga Air telah bersama-sama menjawap soalan di bahagian matematik kerana rata-rata pemohon agak kurang bernasib baik di soalan matematik. Hal ini kerana masa yang agak singkat untuk mereka mendapatkan jawapan bagi soalan-soalan tersebut. Sesi Kelas Virtual ini telah dijalankan selama 1 jam dari jam 2:30 petang sehingga jam 3:30 petang dan sesi kelas virtual ini juga telah diadakan di facebook dan aplikasi streamyard serta telah disertai oleh 5 orang pengguna media sosial yang menjadi komuniti facebook Pusat Internet Komuniti Telaga Air.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: