Kelas Asas Microsoft Excel
9 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Telaga Air telah mengadakan kelas secara virtual asas dalam menggunakan Microsoft Excel dalam kehidupan seharian kita yakni dalam menjalankan “Bekerja Dari Rumah” sejak PKP 3 dijalankan. Kelas ini menerangkan pelbagai fungsi Microsoft Excel dalam memudahkan pekerjaan yang memerlukan kemahiran mengambil data yang banyak. Microsoft Excel sangat mudah digunakan dan Pusat Internet Komuniti Telaga Air telah menjelaskan beberapa fungsi asas yang harus komuniti ambil tahu sekiranya ingin menggunakan Microsoft Excel.
Sesi Kelas Virtual ini telah dijalankan selama 1 jam dari jam 2:30 petang sehingga jam 3:30 petang dan sesi kelas virtual ini juga telah diadakan di facebook dan aplikasi streamyard serta telah disertai oleh 13 orang pengguna media sosial yang menjadi komuniti facebook Pusat Internet Komuniti Telaga Air.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: