KDB Check Your Label
26 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniKebelakangan ini, kita sering melihat pelbagai alat komunikasi dilancarkan untuk bersaing di dunia ICT dan pelbagai jenama alatan elektronik dan komunikasi sering mendapat nama dalam saingan tersebut. Hal ini menyebabkan pengguna mempunyai banyak pilihan daripada pelbagai jenama yang ada. Kita ambil contoh iaitu telefon bimbit yang menjadi keperluan pada masa kini. Tetapi dalam masa yang sama terdapat berberapa kes yang melibatkan telefon bimbit meletup dan sebagainya.
Oleh kerana itu, SKMM telah melancarkan program “Check Your Label” dimana pengguna haruslah semak jika telefon bimbit mereka atau sebarang alat komunikasi yang lain mempunyai logo “MCMC” didalam peranti mereka atau juga sebarang logo secara fizikal. Kelas hari ini telah menjelaskan mengapakah pengguna perlu “Check Your Label” jika merancang untuk membeli alat komunikasi dan peranti elektronik yang baru. Sesi “Check Your Label” ini telah dijalankan selama 30 minit secara live streaming menggunakan streamyard di aplikasi facebook. Sesi kali ini telah disertai oleh 4 orang komuniti facebook.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: