Panduan Soalan Penyelesaian Masalah (SPA9) Siri 2
25 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniPada bulan yang lalu, Pusat Internet Komuniti Telaga Air telah menjalankan panduan untuk soalan penyelesaian masalah didalam portal SPA9. Pada bulan ini Pusat Internet Komuniti Telaga Air turut mengadakan aktiviti panduan yang sama untuk siri yang ke 2 bagi membimbing pengguna atau individu yang menhadapi masalah dalam menjawab ujian soalan tersebut semasa layak untuk memohon sebuah kekosongan jawatan. Kelas panduan soalan ini akan berlangsung mengikut permintaan komuniti sekitar. Panduan cara untuk menyelesaikan soalan ini telah dijalankan di aplikasi Google Meet dan telah dijalankan selama 2 jam dari 2:30 petang sehingga 4:30 petang dan telah disertai oleh 9 orang peserta daripada pengikut komuniti facebook Pusat Internet Komuniti Telaga Air.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: