Sembang Usahawan Pusat Internet Komuniti
18 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Telaga Air telah mengadakan Sembanga Santai Usahawan Pusat Internet Komuniti bersama dengan Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sepakat Jaya. Sembang santai ini banyak membincangkan berkenaan dengan bagaimana Staf Pusat Internet Komuniti mampu menjalankan perniagaan mereka disamping kerja hakiki mereka. Pelbagai tips dan juga cabaran yang telah dikongsikan bersama. Selain itu juga, Staf Pusat Internet tidak terlepas dalam memberi input yang berguna seperti memberi tips cara mempromosikan produk mengikut sistem “trending” sealir dengan arus teknologi pada masa kini.
Sembang Usahawan ini telah dijalankan selama 2 jam iaitu 2 petang sehingga 4 petang dan diadakan secara virtual di aplikasi streamyard dan juga facebook. Sembang santai ini juga telah dihadiri oleh 3 orang komuniti Pusat Internet Komuniti Telaga Air.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: