Kelas Asas Microsoft Word
18 September 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Telaga Air telah mengadakan satu Kelas Asas Microsoft Word secara atas talian. Dalam kelas ini, peserta diajar untuk menggunakan fungsi asas yang ditawarkan kepada pengguna Microsoft Word seperti memasukkan gambar, memasukkan teks dan memasukkan jadual. Selain itu satu sesi soal jawap telah dibuka kepada peserta untuk memastikan komunikasi dua hala berlaku.
Sesi kelas virtual ini diadakan selama 1 jam dari jam 3:00 petang sehingga jam 4:00 petang dan diadakan melalui Streamyard di Facebook Page PIK Telaga Air serta dihadiri oleh 4 orang peserta yang merupakan pengguna media sosial yang merupakan sebahagian daripada komuniti Facebook PIK Telaga Air.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: