Sesi Advokasi Love Scam
22 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniSesi Advokasi untuk Mobile E-Waste telah dijalankan bersama dengan PIK Kg Taee, Sepakat Jaya dan juga Pasir Pandak. Tujuan kolaborasi ini adalah memberi kempen kesedaran kepada komuniti mengenai jenayah siber iaitu “love scam” yang sejak kebelakangan ini mendapat perhatian dan agak ramai mangsa yang mengalami kerugian yang banyak. “Love Scam” merupakan salah satu modus operandi scammer untuk mendapatkan wang daripada mangsa yang telah berkenalan dengan mereka. Aplikasi “dating” merupakan tempat jenayah ini kerap berlaku kerana perhubungan antara 2 pihak boleh terjadi di aplikasi tersebut dalam masa yang sekejap.
Sesi Advokasi ini telah dijalankan selama 1 jam dan wakil-wakil dari Pusat Internet Komuniti masing memainkan peranan dalam memberi pandangan dan pendapat masing agar selari dan dapat memberi impak kepada komuniti yang hadir melihat sesi live tersebut. Siaran ini juga telah disertai oleh 9 orang Komuniti dari pelbagai latar belakang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: