Tutorial Membina Logo Perniagaan
27 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniUmum mengetahui banyak usahawan-usahawan ict yang memfokuskan dalam pemasaran secara online menggunakan media sosial yang wujud seperti Facebook, Whatapps, Instagram dan banyak lagi platform media sosial yang lain. Kewujudan pemasaran online ini memberi impak yang sangat positif dalam kalangan usahawan usahawan online kerana pemasaran dan promosi produk lebih menyeluruh. Tetapi dalam masa yang sama usahawan kurang dalam memberikan tanggapan dari segi logo perniagaan mereka. Oleh itu Pusat Internet Komuniti Kampung Telaga Air telah menjalankan kelas ataupun tutorial percuma untuk mereka yang tidak mahir mengolah logo perniagaan masing.
Tutorial ini telah dijalankan selama 1 jam sahaja bersama dengan wakil dari Pusat Internet PPR Seri Wangi dan Sepakat Jaya. Dengan adanya tutorial sebegini, usahawan online lebih mudah mengikuti secara live streaming di facebook. Selain itu juga, tutorial ini telah dijalankan menggunakan Streamyard dan telah disertai oleah 15 orang daripada komuniti sekitar dan pengguna facebook.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: