Advokasi Atas Talian – Keselamatan Membeli Belah Atas Talian
27 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniSesi advokasi Keselamatan Membeli Belah Atas Talian dengan kolaborasi PIK Serasot, Bau. Kolaborasi ini adalah untuk memupuk kesedaran masyarakat tentang keselamatan mereka dalam membeli belah secara atas talian.
Sejak Malaysia dilanda wabak Covid19, urus niaga jual-beli banyak dilakukan secara atas talian. Walau bagaimanapun, masih ada segelintir pihak yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan membuat penipuan atas talian. Oleh yang demikian, Pusat Internet Komuniti Telaga Air dan Serasot telah mengambil inisiatif untuk mendidik masyarakat setempat bagaimana mengenalpasti perniagaan yang boleh dipercayai agar tidak menjadi mangsa penipuan atas talian yang seterusnya.
Sesi advokasi ini telah dijalankan selama 45 minit dari jam 10:00 pagi sehingga 10:45 pagi. Sesi ini juga telah diadakan di facebook page Pusat Internet Komuniti Telaga Air dan aplokasi stramyard dan telah disertai oleh 5 orang pengguna media sosial yang menjadi komuniti facebook Pusat Internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: