Kelas Panduan Menulis Surat Rasmi & Tidak Rasmi
26 November 2020 | Aktiviti TerkiniPada minggu ini, Pusat Internet Komuniti Kampung Telaga Air telah menjalankan kelas panduan untuk menulis dan mengarang Surat Rasmi dan juga Surat Tidak rasmi. Kelas ini dijalankan kerana Pusat Internet Komuniti Kampung Telaga Air sedar akan kekurangan ilmu dan pendedahan asas dalammerangka Surat Rasmi dan Tidak Rasmi dalam kalangan komuniti Kampung Telaga Air.
Dengan tips dan panduan yang telah dikongsikan, Pihak Pusat Internet Kampung Telaga Air berharap komuniti setempat boleh menulis dan mengarang surat tersebut tanpa pertolongan dari Staf Pusat Internet di masa hadapan. Kelas ini telah diadakan selama 1 jam di platform streamyard dan juga “live-streaming” di aplikasi facebook. Kelas Panduan Menulis Surat Rasmi dan Tidak Rasmi ini telah disertail oleh 3 orang peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: