Kelas Asas Microsoft Office
16 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniKelas Asas Microsoft Office secara individu telah diadakan semalam di Pusat Internet Kampung Telaga Air bersama dengan 2 orang pelajar Tingkatan 1 SMK Sri Matang. Kelas ini diadakan kerana pelajar tidak tahu asas untuk menggunakan Microsoft Office iaitu Microsoft Word dan juga Microsoft Powerpoint. Kelas telah berlansung selama 2 jam dari jam 2:30 petang sehingga 4:30 petang, dimana sejam yang pertama mereka didedahkan dengan asas yang mereka perlu tahu semasa menggunakan Microsoft tersebut dan sejam yang kedua mereka mempraktikkan apa yang mereka pelajari. Selain itu juga, pelajar telah mematuhi SOP untuk memasuki Pusat Internet agar dapat menghindari daripada virus Covid 19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: