Kelas ICT Taman Seri Puteri Siri 8
29 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniKelas ICT Taman Seri Puteri diteruskan untuk siri yang kelapan pada tahun 2020 mengikut permintaan Jabatan Kebajikan Taman Seri Puteri Kuching Sarawak. Pelajar diberikan tugasan untuk mencipta pemainan minda menggunakan Microsoft powerpoint dimana mereka telah diajarkan asas-asas untuk menggunakan Microsoft Powerpoint untuk fasa yang kedua, dan mereka juga telah disuruh untuk membentangkan hasil ciptaan mereka.
Kelas yang berlansung di Bilik Latihan Jabatan Kebajikan Taman Seri Puteri Kuching, selama 2 jam bermula dari 2 petang ini dihadiri oleh seramai 28 orang peserta. Mereka turut diberikan taklimat mengenai Klik Dengan Bijak iaitu, Maklumat Palsu yang sering wujud dilaman media sosial khususnya dan juga sering dikongsikan tanpa membaca fakta tersebut betul ataupun tidak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: