Program Advokasi dan KDB (Giatmara, Stampin)
11 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Kpg Telaga Air telah mengadakan Program Advokasi dan KDB bersama dengan Pusat Internet PPR Taman Seri Wangi dan Pusat Internet Kpg Pasir Pandak di Giatmara, Stampin untuk pelajar semester baru institusi tersebut. Pelbagai taklimat telah dikongsikan bersama mereka, antaranya ialah gejala buli siber, penghendap siber, maklumat palsu dan scam yang berlaku pada masa sekarang.
Selain itu juga, mereka juga telah dimaklumkan tentang fungsi-fungsi pusat internet dan tidak juga ketinggalan “check your label” dan E-sisa dimana mereka boleh menyemak alat komunikasi mereka dan melupuskan dengan cara yang betul untuk alat komunikasi yang rosak dan tidak lagi diggunakan. Program ini telah diadakan selama 2 jam dari 9 pagi sehingga 11 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: