Kursus Online Marketing / Asas Keusahawanan (Siri 11)
21 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada Hari Sabtu yang lalu,Pusat Internet Kampung Telaga Air dijemput untuk berganding bahu bersama dengan Pusat Internet PPR Taman Sepakat Jaya bagi menjayakan Kelas Asas Keusahawanan bagi usahawan-usahawan yang tidak mempunyai asas dalam bidang permasaran online. Pelbagai aktiviti telah diadakan bersama dengan usahawan tersebut antaranya ialah mereka telah didedahkan dengan asas keusahawanan yang perlu ada pada diri seorang usahawan. Selain itu, mereka juga diajar mencipta logo perniagaan dan membina page facebook untuk perniagaan.
Teknik mengambil gambar yang betul juga telah dipelajari untuk menghasilkan post yang menarik. Mereka juga diajar teknik penulisan iklan yang betul untuk memasarkan produk mereka, antaranya ialah Kelas Microsoft Powerpoint, Kelas Multimedia, Kelas Social Media, Kelas E-Commerce, Pengenalan kepada PC hardware dan banyak lagi. Kursus ini telah diadakan di Pusat Internet PPR Taman Sepakat Jaya dan juga telah diadakan selama 7 jam dari 8:00AM sehingga 4:00PM.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: