E-Kelas Siri 29
20 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada Hari Jumaat yang lalu, Pusat Internet Kampung Telaga Air telah menjalankan aktiviti E-Kelas seperti biasa. Pada minggu ini juga, pelajar-pelajar E-Kelas telah didedahkan mengenai cara mengarang karangan untuk pertandingan karangan yang akan dijalankan pada minggu hadapan serta mereka telah didedahkan tips-tips menarik untuk mengarang karangan.
Antara tujuan e-Kelas ini adalah inisiatif pembelajaran digital selepas waktu sekolah bertujuan bagi mempertingkatkan pencapaian akademik murid terutama di kawasan luar bandar. Selain itu memberi murid ruang untuk belajar secara kendiri dan memberi murid peluang belajar untuk berkolaborasi dengan kawan – kawan dari seluruh Malaysia. E-Kelas ini juga mengajar murid matapelajaran asas seperti Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains secara percuma. Kelas ini telah diadakan dari 3:00PM sehingga 6:00PM dan telah disertai oleh pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 5.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: