Kelas ICT Taman Seri Putri (Minggu ke 6)

07 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Julai yang lalu, Pusat Internet Kg. Telaga Air telah mengadakan kelas bersama dengan Taman Seri Putri untuk minggu yang ke 6 iaitu kelas Microsoft word dan Klik Dengan Bijak (KDB) maklumat palsu. Program ini telah disertai seramai 9 orang pelajar perempuan Taman Seri Putri dan diadakan selama 2 jam (2.00pm – 4.00pm).

Para pelajar telah diajar menggunakan Microsoft word iaitu pembuatan carta pie bagi memudahkan pembahagian aktiviti harian mereka. Penyelia pusat internet menitikberatkan pembahagian makanan harian mereka. Selain itu juga, Klik Dengan Bijak (KDB) bagi pendedahan maklumat palsu turut termasuk dalam kelas bersama pelajar-pelajar bagi mengatasi masalah maklumat palsu yang menjadi masalah besar dalam media sosial pada masa kini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali