Bengkel Klik Dengan Bijak 27 Januari 2016
28 Januari 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 27 Januari 2016 yang lalu, Pusat Internet Kampung Telaga Air telah menganjurkan Bengkel Klik Dengan Bijak bersama Kelab Komputer Sekolah Menengah Sri Matang dengan kerjasama PI Kampung Serasot, Bau dan PI Kampung Sebandi Ulu, Samarahan. Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 75 orang ahli kelab komputer SMK Sri Matang dan 3 orang guru.
Bengkel Klik Dengan Bijak ini dilaksanakan bertujuan untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet), mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain, memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri, serta menerapkan nilai tanggungjawab bersama dalam mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet. Selain ceramah keselamatan di internet, tayangan video dan aktiviti kuiz diadakan bagi memastikan para peserta memahami pengisian yang disampaikan seterusnya mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: