Latihan Pemasaran secara Atas Talian
11 Januari 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 10 Januari 2016 yang lalu, Pusat Internet Kampung Telaga Air telah mengadakan latihan pemasaran atas talian kepada 3 orang usahawan. Latihan ini bertujuan untuk mendidik para usahawan menggunakan teknologi dan internet untuk meluaskan pasaran produk mereka. Antara latihan yang dijalankan termasuklah strategi pemasaran atas talian, internet, mencipta akaun e-mel, penerangan mengenai blog dan website, membangunkan laman web perniagaan, menyunting gambar dan e-commerce. Latihan ini diharap dapat membantu peserta membangunkan perniagaan mereka dan menggalakkan lebih ramai usahawan mengaplikasikan kaedah pemasaran secara atas talian untuk perniagaan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: