Latihan Ict (Intel Learn Easy Step) & Program Klik Dengan Bijak Pada 8 & 9 Osos 2015 Bertembat Di Pusat Internet Kampung Telaga Air
10 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 8 & 9 Ogos 2015 (Sabtu & Ahad), telah berlangsungnya Latihan ICT (Intel Learn Easy Step) bagi pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. Sepanjang berlansungnya program ini para peserta juga diberikan serba sedikit perkongsian tentang Program Klik Dengan bijak, seperti perkongsian Pendapat, tayangan video, dan perbincangan. Latihan ICT pada kali ini disertai oleh 10 orang peserta pada hari pertama program (6 lelaki & 4 perempuan), manakala pada hari kedua pula program disertai 14 orang peserta (5 lelaki & 9 Perempuan) dan tambahan 4 orang untuk program Klik Dengan Bijak. Secara keseluruhan program juga dijalankan seperti biasa iaitu mengikuti modul Intel Learn Easy Step yang telah disediakan iaitu seperti berikut:
8 Ogos 2015 (Sabtu)
-Pengenalan kepada komputer.
-Pengetahuan asas pengendalian komputer.
-Pemprosesan perkataan (Micosoft Word).
-Hamparan (Microsoft Excel).
-Tayangan Dan Perbincangan Melalui Program Klik Dengan Bijak.
-Multimedia (Microsoft Power Point).
-Pembentangan hasil kerja (Presentation).
-Kesimpulan Program & Tayangan video Klik Dengan Bijak.
-Bersurai.
9 Ogos 2015 (Ahad)
-Tayangan Video Klik Dengan Bijak, perkongsian dan perbincangan.
-Email.
-Laman sosial (Facebook).
-Video (youtube).
-Kesimpulan Program.
-Bersurai.
Program seperti ini sebenarnya dapat mendidik peserta-peserta tentang kegunaan perisian yang terdapat dalam sebuah komputer dan memberi serba sedikit pengetahuan penggunaan komputer untuk kerja seharian. Di samping itu juga, program Klik Dengan Bijak sebenarnya dapat mendidik peserta program tentang keselamatan, kewaspadaan semasa penggunaan komputer mahupun internet, seperti laman sosial (Facebook, Instagram dan lain-lain). Diharap peserta program yang telah diadakan ini mendapat ilmu pengetahuan yang bermanafaat dan menjadikan komputer dan internet itu satu medium kejayaan buat peserta dan orang sekeliling. Semoga program seperti ini mendapat lebih ramai penyertaan pada masa akan datang dan mendapat kerjasama dari pihak ibubapa mahupun pihak sekolah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: