Latihan Intel E-Basics Mei 2015
31 Mei 2015 | Aktiviti Terkini
Latihan Intel E-Basics bagi bulan Mei 2015 telah diadakan pada 30 Mei 2015 dengan disertai oleh 4 orang ahli Komite Belia PI Telaga Air. Latihan ini bertujuan untuk memberi latihan asas keusahawanan kepada para peserta. Antara modul yang diajar dalam latihan kali ini termasuklah merangka pelan perniagaan, pertimbangan apabila memulakan perniagaan, kemahiran komunikasi dan rundingan, mendefinisikan operasi perniagaan dan pemasaran. Peserta telah didedahkan dengan pembangunan laman web 2.0 melalui wordpress.com.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: