Program Sarawak Counseling Colloquium (SCC) 2022 UNIMAS
3 Julai 2022 | Aktiviti Terkini2 Julai 2022, Sabtu. Sekumpulan pelajar Tahun 3 kaunseling dari UNIMAS telah melaksanakan Program Sarawak Counseling Colloquium (SCC) 2022 di Dewan Serbaguna Kg Telaga Air.
Program berkenaan bertujuan untuk mendedahkan kepada penduduk sekitar Kpg Telaga Air berkenaan dengan peranan sebenar kaunselor dan memperbetulkan taboo mengenai perkhidmatan kaunseling selain ketengahkan isu² semasa pasca covid19.
Dalam kesempatan itu, pihak PEDi telah mengambil inisiatif untuk terlibat secara langsung dalam SCC 2022 dengan menjadi pempamer malah diberi peluang untuk menjadi penceramah bagi slot Bicara Kaunseling.
Dengan kesempatan diberikan, PEDi telaga air mengambil inisiatif untuk menerangkan serba sedikit fungsi PEDi serta memberi talk berkenaan dgn Advokasi Peranan ibubapa dalam memantau aktiviti anak² di internet. Secara tidak langsung menjadi aktiviti pertama pada bulan pertama untuk kempen Malaysian ICT Volunteer (MIV) PEDi Telaga Air.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: