Kelas Bimbingan ICT – Microsoft Word
25 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital (PEDi) Telaga Air telah mengadakan Kelas Bimbingan ICT penggunaan Microsoft Word kepada komuniti PEDi Telaga Air secara individu semalam. Kelas ini telah memberi tunjuk ajar yang merangkumi asas penggunaan Microsoft Word agar individu tersebut memahami konsep Microsoft Word secara ringkas. Pada masa yang sama, PEDi Telaga air telah menekankan aspek penulisan surat rasmi berpandukan contoh di laman sesawang “google” dan juga penulisan “resume” agar individu tersebut boleh menggunakannya pada masa hadapan.
Sesi kelas ini telah dijalankan selama 1 jam dari jam 10:30 pagi sehingga jam11:30 pagi dan juga telah dijalankan secara individu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: