Kelas Cara Menggunakan Aplikasi VSCO
10 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Telaga Air telah mengadakan kelas secara virtual cara penggunaan aplikasi VSCO. Aplikasi VSCO ini merupakan aplikasi yang boleh digunakan sekiranya seseorang ingin menyunting gambar yang telah diambil agar lebih menjadi cantik menggunakan “filter” yang terdapat dalam aplikasi tersebut. Penggunaan aplikasi ini sangat membantu usahawan-usahawan online kita dalam menjadikan gambar yang mereka ambil boleh dipromosikan di media sosial mereka mengikut “trend” terkini. Sesi Kelas Virtual ini telah dijalankan selama 1 jam dari jam 2:30 petang sehingga jam 3:30 petang dan sesi kelas virtual ini juga telah diadakan di facebook dan aplikasi streamyard serta telah disertai oleh 9 orang pengguna media sosial yang menjadi komuniti facebook Pusat Internet Komuniti Telaga Air.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: