Program Randau Solidariti Komuniti
14 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniMajlis Pembangunan Sosial (MPS) dibawah Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak (KWKPK) telah mengadakan satu program Randau Solidariti Komuniti dengan kerjasama Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Telaga Air di Pusat Internet Komuniti Telaga Air secara hybrid.
Penganjuran program ini bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan komuniti di Sarawak agar keharmonian sosial terus mantap. Selain itu, program ini juga dilaksanakan untuk menjalinkan kerjasama dan kolaborasi dalam komuniti bagi menangani cabaran isu sosial yang dihadapi agar keselamatan awam terus terpelihara. Antara lain tujuan penganjuran program ini adalah untuk memantapkan budaya kepedulian dalam masyarakat agar integrasi dan kesejahteraan sosial dalam kalangan komuniti terus terjalin.
Program ini telah dijalankan secara hybrid dari jam 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang dan diadakan melalui platform Zoom dan Facebook Page Majlis Pembangunan Sosial Sarawak dan telah menarik minat penduduk kampung seramai 60 orang peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: