Kelas ICT Taman Seri Puteri (Minggu 28)
21 September 2019 | Aktiviti TerkiniPada Hari Jumaat yang lalu, Pusat Internet Kampung Telaga Air telah mengadakan Kelas ICT untuk Pelajar Taman Seri Puteri untuk kali yang kedua puluh tujuh bagi tahun 2019. Kelas ini akan diadakan mengikut permintaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak. Antara aktiviti yang diadakan dengan pelajar adalah mereka telah menyiapkan kerja mereka iaitu menghasilkan lirik lagu sempena Hari Kemerdekaan dan merek disuruh untuk mempersembahkan slide tersebut. Selain itu juga, tayangan video klik dengan bijak iaitu Pengunaan Internet secara bijak telah ditayankan kepada mereka. Kelas ini telah disertai oleh 25 orang pelajar perempuan dan diadakan selama 2 jam, 2:00 petang sehingga 4:00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: