Pengenalan ICT, E-Learning & Pengenalan Hardware
13 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPada hari Jumaat yang lalu, 12 Oktober 2018 Pusat Internet Kampung Telaga Air telah dilawati oleh Pelajar Tadika Kemas Kampung Telaga Air bersama 2 orang guru pengiring. Pihak kami telah memberi pendedahan berkaitan dengan Pusat Internet. Selain itu juga, mereka juga didedahkan mengenai asas-asas ICT dan Komponen Komputer dan mereka turut diberi pendedahan cara mewarna menggunakan aplikasi (paint).
Tidak ketinggalan juga platform ABCYA bagi mendedahkan subjek matematik berdasarkan permainan tambah tolak. Seramai 21 orang pelajar (12 Lelaki & 9 Perempuan telah hadir pada petang tersebut. Pusat Internet Kampung Telaga Air mengalu-alukan kedatangan mereka bagi mendedahkan kemudahan dan ilmu ICT sejak kecil.
.Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: