Kelas ICT Taman Seri Putri (Minggu ke 9)

28 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Julai yang lalu, Pusat Internet Kg. Telaga Air telah mengadakan kelas bersama dengan Taman Seri Putri untuk minggu yang ke 9 iaitu kelas Microsoft Powerpoint dan Klik Dengan Bijak (KDB) Oversharing. Program ini telah disertai seramai 10 orang pelajar perempuan Taman Seri Putri dan diadakan selama 2 jam (2.00pm – 4.00pm).

Para pelajar telah diajar menggunakan Microsoft Powerpoint dalam fungsi transition dan animation. Selain itu juga, Klik Dengan Bijak (KDB) bagi oversharing telah diadakan untuk menyedarkan peserta bahawa mereka hendaklah sentiasa menjaga privasi untuk mengelakkan berlakunya masalah sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali