Kelas ICT Taman Seri Putri (Minggu ke 8)

21 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Julai yang lalu, Pusat Internet Kg. Telaga Air telah mengadakan kelas bersama dengan Taman Seri Putri untuk minggu yang ke 8 iaitu kelas Microsoft Powerpoint dan tayangan video e-waste. Program ini telah disertai seramai 8 orang pelajar perempuan Taman Seri Putri dan diadakan selama 2 jam (2.00pm – 4.00pm).

Para pelajar telah diajar menggunakan Microsoft powerpoint iaitu pendedahan transisi powerpoint (animasi) bagi membuat sebuah slide powerpoint. Selain itu juga, advokasi juga ditayangkan kepada mereka berkaitan dengan E-waste iaitu, alat komunikasi yang boleh dikitar semula bagi tujuan menjaga kitaran bumi yang boleh membahayakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali