Kelas ICT Taman Seri Putri (Minggu ke 7)

14 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Julai yang lalu, Pusat Internet Kg. Telaga Air telah mengadakan kelas bersama dengan Taman Seri Putri untuk minggu yang ke 7 iaitu kelas Microsoft Powerpoint dan pengenalan kepada sebenarnya.my. Program ini telah disertai seramai 9 orang pelajar perempuan Taman Seri Putri dan diadakan selama 2 jam (2.00pm – 4.00pm).

Para pelajar telah diajar menggunakan Microsoft powerpoint iaitu pembuatan kad eletronik mengikut kretiviti mereka. Selain itu juga, Klik Dengan Bijak (KDB) bagi sebenarnya.my yang mengenai maklumat yang bukan semuanya benar di internet dan maklumat yang tidak pasti jangan dikongsi. Mereka juga didedahkan dengan lawan web sebenarnya.my bagi tujuan pengesahan kesahihan maklumat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali